salji

Saturday, December 29, 2012

0
Komen

CERITA SEBENAR !

..

 


click yang "PELAJAR POLISAS .... "
 
Posted: 25 Dec 2012 04:44 PM PST
 KUANTAN, 26 Dis - Gara-gara kelewatan pihak berkuasa membaik pulih jalan yang sering ditakungi air di Jalan Bukit Pengorak dekat Kawasan Perindustrian Gebeng di sini, seorang pelajar Politeknik Sultan Hj.Ahmad Shah (POLISAS) maut akibat kemalangan tengahari semalam. Muhammad Faizol Ashraf Ramly (foto), 20, pelajar Diploma Automotif Mobil (Diesel) itu mejadi mangsa apabila kenderaan yang beliau naiki telah dilanggar dari belakang oeh sebuah lori, kemudian terhimpit pula dibelakang lori yang sedang bergerak perlahan akibat "air bertakung" atas jalan tersebut. Beliau yang dipercayai dalam perjalanan ke Kemaman, meninggal serta mereta akibat rempuhan tersebut. Menurut seorang saksi, kejadian berlaku ketika hujan renyai-renyai masih lagi turun di Kuantan. "Saya nampak ada lori berhenti (perlahan), kemudian diikuti kereta mangsa dan dua kereta lain.... tiba-tiba datang sebuah lori yang membawa muatan tanah meluru dari belakang dengan laju (tidak membrek).. merempuh dua kenderaan terbabit dan kenderaan mangsa. Dua kereta lain tercampak ke bahu jalan (longkang)... tetapi kenderaan yang dinaiki mangsa tersepit antara dua lori terbabit kerana berada betul-betul dibelakang lori yang perlahan berkenaan. Semua kejadian ini akibat lopak air dijalan menuruni bukit terbabit.. Dah lama kami pekerja di Gebeng ini adukan masalah jalan terbabit kepada pihak berkenaan... namun hingga kini tiada tindakan.. sebelum ini sudah ramai yang kemalangan di situ... tapi kali ini yang paling teruk dan ngeri. Kenapa mereka tidak baiki jalan sejak sekian lama?.. Inilah akibatnya..", kata saksi yang juga pekerja sebuah kilang industri di Gebeng. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat dan kemudian dituntut oleh ahli keluarganya sekitar jam 8.00 malam tadi. Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sg.Tekam (Getah) pagi ini. Difahamkan, mangsa sedang bercuti seminggu sempena Krismas dan akan menyambung semester baru beberapa hari lagi. Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa terbabit. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


[Kemalangan maut terkadang bukan dek kerana kecuaian pemandu tetapi kerana sikap dan tanggungjawab kerajaan yang gagal membaik pulih jalan-jalan yang berisiko kemalangan. Jalan di Bukit Pengorak Gebeng ini memang sudah lama mengalami masalah air bertakung dan cukup berbahaya kepada lalulintas. Namun, aduan yang dibuat diambil acuh tidak acuh oleh pihak yang terbabit, hingga akhirnya memakan korban seperti ini. Jika kemalangan, biasanya pemandu akan dipersalahkan tetapi bagaimana dengan keadaan jalan rosak dan tidak diselengarakan dengan baik seperti ini. Apakah kerajaan boleh disaman kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka agaknya. Semoga pihak berkenaan dapat memantau keadaan jalan terbabit agar pengguna jalanraya lain tidak menjadi mangsa tragedi ini. Mangsa meningga dunia gara-gara kenderaan beliau remuk akibat tersepit antara dua buah lori besar. Bukankah ini sesuatu yang tidak adil kepada rakyat tidak berdosa. Justeru, kerajaan terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa memainkan peranan bagi mengatasi masalah ini pada masa-masa yang akan datang hendaknya. Lakukanlah tanggungjawab dengan berkesan !].
 

0 perucapan :):

Post a Comment

yang sudah tu sudah ;)

Credit by http://xeshaxessi.blogspot.com/